Terkejut bukan baca tajuk diatas ?Okey,umat Islam hari ini menyambut tahun baru mereka..Alhamdulillah,aku sempat membaca Doa Awal Tahun & Doa Akhir Tahun..Anda ?
Ketika membaca Doa Akhir Tahun,tiba2 aku tersedak membaca ayat ini :
" Ya Allah,apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari apa yang Engkau tegahkan kami daripadanya,maka tidak yang Engkau tegahkan kami tidak sempat kami bertaubat darinya dan Engkau tidak meredhainya dan tidak Engkau melupainya dan Engkau berlemah lembut ke atas kami walupun Engkau berkuasa atas menyiksakan kami,malah Engkau memberi peluang supaya kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat ke atas Engkau,maka sesungguhnya kami memohon keampunan Engkau,maka ampunilah bagi kami dan apa yang kami lakukan padanya dari apa yang Engkau redhainya dan Engkau telah menjadjikan kami ganjaran pahala ke atasnya,maka kami memohon akan Dikau wahai Tuhan yang mulia yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga Engkau menerima daripada kami dan janganlah Engkau memutuskan harapan kami daripada Engkau wahai Tuhan yang mulia.. "
Cuba fahamkan btl2 ape ayat petikan di atas cuba maksudkan.(Aku tahu,ramai yang skip..cayalaa.)
Masa yang sudah berlalu telah meninggalkan kita begitu sahaja.Adakah kita manfaatkan masa itu dengan sebaik mungkin ? atau kita mengikut hawa nafsu dan hasutan syaitan semata-mata ? Cuba kita renungkan,fikir kembali siapa kita sebenarnya ? Dari mana kita datang dan ke mana kita akan kembali.
Ingatlah,walau sehebat mana pon kita.Walau setinggi mana pon pangkat dan darjat kita,kita tetap hamba Allah yang kerdil..Sangat buntukan pertolongan.Hanya Allah saja yang berkuasa ke atas kita.Apa yang Allah suruh,buat lah dengan penuh keikhlasan,dengan penuh yakin dan bersifat tawadhuk..dan apa yang Allah larang kita,maka janganlah buat..Jika anda buat juga,itulah : Anda sudah tewas dengan hasutan syaitan & hawa nafsu..Fikir-fikir kan lah.
Walaubagaimana pun,tahun 1430-H sangat bermakna buat aku..Bagi aku,tahun ini lah yang mengajar aku erti kematangan.Tahun ini juga mengubahkan aku dari sifat mazmumah kpd mahmudah..kalau dulu,aku sangat lalai dengan perintah Allah..Kini,aku bertambah yakin.Kalau aku nak tggl kan perintah Allah,aku sangat rasa bersalah dan kehidupan aku menjadi tidak tenang.Anda ?
Disini,saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1431-H..Semoga dengan kehadiran tahun baru ini akan memberikan semangat utk terus hidup.Apa yang sudah lepas,biarkan sahaja.Yang baik jadikan contoh,yang buruk jadikan pengajaran,jadikan iktibar buat kita semua.
0 comments:
Post a Comment